Kelas Asas ICT: Pengenalan Kepada Internet, Email, Online Shopping & Tayangan Video KDB Sesi II Disember 2019
22 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Pengenalan Kepada Internet, Email (gmail.com) dan shopping online (shoppe.com) serta Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:30 hingga 12.30 tengahari. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang berumur antara 17 hingga 19 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
• Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
• Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
• Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
• Mempelajari cara membuat pembelian secara online melalui online shopping.
Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Tahniah dan selamat maju jaya semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :